Asean lakukan reformasi perdagangan, tingkat penggunaan mata wang tempatan – Anwar

Asean lakukan reformasi perdagangan, tingkat penggunaan mata wang tempatan – Anwar

Kuala Lumpur: ASEAN telah mengambil langkah mereformasikan kumpulan itu dengan cara bukan sahaja meningkatkan perdagangan dalam kalangan negara anggota tetapi juga menggunakan mata wang tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia adalah sebagai usaha untuk meningkatkan langkah konkrit ke arah sistem kewangan yang lebih stabil dan bebas daripada dominasi unilateral.

“Sudah tentunya, ia bukan tentang de-dollarisasi (pengurangan pergantungan terhadap dolar AS), belum lagi, langkah itu masih jauh lagi. Tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba.

“Malaysia dengan Indonesia, Malaysia dengan Thailand, dan bersama-sama dengan China, kita mula menggunakan mata wang tempatan kita sendiri, walaupun ia bermula dengan hanya 10 atau 20 peratus daripada jumlah perdagangan.

“Ia membawa perubahan kerana kita tidak boleh berterusan merungut tanpa melaksanakan rancangan sendiri, baik sesama sendiri mahupun dengan jiran kita,” kata beliau pada Forum Perniagaan BRICS bertajuk: ‘Bridging Continents, Building Future: A Shared Agenda for Sustainable Progress’ (Merapatkan Jurang Benua, Membina Masa Depan: Agenda Bersama untuk Kemajuan Mampan), di sini, hari ini.

Turut menghadiri forum tersebut ialah Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva, Naib Presiden Brazil Geraldo Alckmin dan Presiden Confederation of National Industry (CNI) Brazil, Ricardo Alban.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top