Aset Datuk Seri Vida Disita! 4 Kereta Mewah Bakal Dilelong Akibat Tunggakan Hutang RM1 Juta | Oh! Media

Aset Datuk Seri Vida Disita! 4 Kereta Mewah Bakal Dilelong Akibat Tunggakan Hutang RM1 Juta | Oh! Media

Banglo milik usahawan terkenal Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh disita selepas beliau gagal melunaskan tunggakan RM1,060,285 kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication Sdn Bhd.

Tindakan ini diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh pada Isnin.

Kereta mewah & barang rumah dalam banglo turut disita

datuk seri vida

Proses penyitaan yang berlangsung sekitar jam 9 pagi melibatkan semua barangan dalam rumah termasuk empat kereta mewah: dua Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace, dan BMW X7.

Menurut peguam plaintif, Samir Zainal, Vida diberi tempoh dua minggu untuk melangsaikan hutang bagi mengelakkan barangan ini dilelong pada 9 Disember.

Dalam tempoh dua minggu, barangan serta kereta tidak boleh dibawa keluar daripada rumahnya.- Ujar Samir kepada mStar.

Isu tunggakan bermula sejak 2018 dan Datuk Seri Vida gagal beri kerjasama…

datuk seri vida

Tunggakan ini berpunca daripada projek pengubahsuaian Vida All Star Studio di Shah Alam yang dijalankan oleh Ah Design Communication. Namun, selepas beberapa percubaan untuk berbincang sejak 2018, syarikat tersebut tidak menerima sebarang bayaran mahupun respons daripada Vida.

Kami sudah cuba berbincang dan melibatkan peguam, tetapi Vida tetap senyap. Terpaksa ambil tindakan menyita selepas bertahun tiada maklum balas.- Menurut wakil syarikat, Mohammad Taufik.

Vida tidak berada di kediaman ketika sitaan dilakukan

Semasa proses penyitaan berlangsung, Vida dilaporkan tiada di rumah dan dipercayai berada di China. Situasi ini menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai langkah seterusnya jika beliau gagal menyelesaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menjadi pengajaran penting untuk kita mengutamakan tanggungjawab kewangan. Jika berhutang, pastikan ia diselesaikan segera untuk mengelakkan implikasi yang lebih besar seperti penyitaan atau lelongan. Jangan abaikan komunikasi, kerana berbincang boleh menyelesaikan banyak perkara!


Scroll to Top