Gabungan dunia sukan dan digital bakal menjadi realiti apabila Asia Championship 2025 membuka tirai pada 18 Oktober ini, menjanjikan satu pengalaman berbeza daripada acara tinju konvensional.
Bukan sekadar pertarungan di dalam gelanggang, kejohanan berprestij ini tampil dengan pendekatan segar apabila artis, influencer dan atlet disatukan dalam satu pentas, menjadikan Asia Championship medan aksi fizikal dan maya yang saling melengkapi.
âAsia Championship bukan hanya tentang siapa paling kuat di gelanggang. Ini pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital,â kata Penganjur, Datuk Abd. Rahman Soltan.
Menurutnya lagi, kejohanan kali ini bakal mewujudkan satu budaya baharu dalam dunia sukan dimana aksi, emosi dan perjuangan atlet turut dikongsi secara aktif di platform media sosial, sekali gus membuka ruang keterlibatan lebih luas bersama komuniti.
Bagi memastikan peserta benar-benar bersedia, pihak penganjur juga akan menyediakan latihan khusus melibatkan aspek fizikal, mental dan pembentukan karakter sebagai atlet moden.
âKami mahu mereka bukan sekadar bertinju, tetapi menjadi ikon sukan yang berdisiplin, fokus dan bertanggungjawab, baik dalam gelanggang mahupun di alam digital,â tambahnya.
Setakat ini, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai kejohanan ini merangkumi dua kategori.
Namun, penganjur masih membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk turut serta, dengan kemungkinan penambahan kategori baharu sedang dalam perbincangan.
âPermohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata tentang menang kalah, tetapi usaha membentuk semangat dan disiplin sukan dalam kalangan generasi muda,â katanya lagi.
Asia Championship 2025 bukan sahaja bakal menjadi pentas pertempuran sengit, tetapi juga ruang eksklusif untuk pencipta kandungan, peminat sukan dan komuniti digital berkumpul meraikan semangat kesukanan era baharu.
Artikel Berkaitan:Â 80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Gelaran Terbaik Asia Di All Star Influencer Award 2025
Artikel Berkaitan:Â [VIDEO] Aktor Lelaki Didakwa Herdik Isteri, Harris Alif âSettleâ Isu Dalam Ring Demi Maruah! â âSaya Tak Boleh Terima Dia Sentuh Keluargaâ