Aslam Dedah Ramai Minta Tips Poligami – “Saya Tak Anggap Itu Sesuatu Yang Serius”

Aslam Dedah Ramai Minta Tips Poligami – “Saya Tak Anggap Itu Sesuatu Yang Serius”

Pempengaruh media sosial yang juga suami kepada Umisya Mazlan dan Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam mengakui tidak mengambil serius permintaan netizen yang sering bertanyakan mengenai poligami ketika dia bersiaran langsung di platform media sosialnya.

Menurut Aslam atau nama lengkapnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, dia menganggap soalan-soalan berbaur gurauan itu sebagai cubaan netizen untuk mencuit perhatian, dan tidak mahu melayani sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga.

“Ramai netizen yang minta nasihat nengenai poligami ketika saya buat siaran langsung. Tetapi saya hanya anggap itu gurauan.

“Saya tak anggap pertanyaan mengenai hal peribadi seperti itu sesuatu yang serius.

“Mungkin mereka cakap sebegitu sebab sengaja nak mencuit.

“Kebiasaannya saya tidak balas mesej langsung (DM) dan diam sahaja kalau nampak komen sebegitu sebab banyak perkara lain yang saya perlu ambil kira,” katanya.

Dalam pada itu, Aslam juga enggan mengulas lanjut mengenai isu poligami kerana menyifatkannya sebagai isu senstif membabitkan ramai pihak termasuklah keluarga.

Malah, mengaku berpoligami pada usia muda bukanlah suatu perkara yang mudah.

“Saya tidak boleh ulas lebih lanjut atau perincikan lagi berkenaan hal poligami.

“Pperkara ini membabitkan sensitiviti keluarga.

“Berpoligami pada usia muda ini tidak mudah, terutamanya, dalam enam bulan pertama sebab kita nak biasakan diri.

“Saya tetap cuba buat yang terbaik sehingga kini. Mana tak boleh, saya tetap usaha dan masih banyak yang perlu saya perbetulkan.

“Apa yang berlaku, saya akui dan anggap ini ujian untuk diri saya dan keluarga. Saya bersyukur dan berterima kasih untuk semuanya, alhamdulillah,” jelasnya.

Sekadar info, Aslam berkahwin dengan isteri keduanya, Marissa Dania di Songkla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Umisya dan mentuanya, Abby Abadi dan Norman Hakim.

 

Sumber:Utusan

Scroll to Top