Aslam Tampil Pertahankan Umisya Mazlan Dikritik Selekeh Pakai Gaya ‘Baggy’ – “Berlemak-Lemak, Sendat Lagi Tak Selera!”

Aslam Tampil Pertahankan Umisya Mazlan Dikritik Selekeh Pakai Gaya ‘Baggy’ – “Berlemak-Lemak, Sendat Lagi Tak Selera!”

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan, memilih untuk tampil sopan dan selesa dalam setiap penampilan, terutama ketika berada di tempat awam kerana ingin memudahkan dirinya menunaikan solat fardu.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Umisya dilihat mengenakan pakaian sedondon bersama suami tercinta, Aslam, dan anak bongsu mereka, Haya.

Namun begitu, gaya santai dan longgar yang digayakannya telah mengundang kecaman segelintir netizen yang melabelkan penampilannya sebagai ‘selekeh’.

Enggan berdiam diri, Aslam tampil mempertahankan isterinya dengan menempelak komen-komen negatif terhadap cara pemakaian Umisya yang menurutnya masih menjaga batas syariah.

“Daripada kau pakai sendat-sendat. Tengok pun tak selera. Berlemak-lemak,” tegas Aslam dalam video tersebut.

@mesyalove0

Baggy memang style umisya 👅 #umisyamazlan #misya #umisya #beranda #masukberandafyp #masukfyp #fypシ゚viral #umisyaaslam #aslambul #aslam #misyamazlan

♬ rasa ini vierra piano – Lyn 🤍

Teguran Aslam itu mendapat pujian ramai apabila rata-rata netizen bersetuju dengan pendiriannya mempertahankan isteri yang berpakaian sopan, meskipun bergelar figura media sosial.

Ramai yang turut mengagumi tindakan Aslam mempertahankan isterinya secara terbuka dan menyokong gaya Umisya yang masih menutup aurat meskipun tampil kasual.

Scroll to Top