Aston Martin dihantui masalah unit kuasa

Aston Martin dihantui masalah unit kuasa

Sakhir: Masalah pasukan Formula Satu (F1) Aston Martin berlarutan apabila isu unit kuasa Honda memaksa pasukan itu mengehadkan sesi pada hari terakhir ujian pramusim di Bahrain.

Rakan enjin mereka, Honda Racing Corporation (HRC), memaklumkan masalah berkaitan bateri menjejaskan sesi Fernando Alonso pada Khamis, menyebabkan simulasi tambahan dijalankan di serta kekurangan komponen unit kuasa untuk digunakan pada Jumaat.

Pelumba Kanada, Lance Stroll, sekadar melakukan installation lap sebelum rehat tengah hari tanpa mencatat masa, jauh berbeza dengan Charles Leclerc dari Scuderia Ferrari yang muncul terpantas selepas melengkapkan 80 pusingan.

Pengarah pasukan, Pedro de la Rosa, mengakui mereka belum berada pada tahap diharapkan walaupun memiliki data mencukupi menjelang pembukaan musim di Australia pada 8 Mac.

Alonso pula mempertahankan keupayaan pereka legenda Adrian Newey, sambil menegaskan pasukan perlu membuka lebih banyak prestasi daripada jentera baharu itu dan mengakui mereka sedikit ketinggalan ketika ini.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat pengeluar kereta mewah Aston Martin Lagonda turut menyaksikan harga sahamnya susut lebih empat peratus selepas memberi amaran kerugian tahunan lebih besar daripada jangkaan pasaran, menambah tekanan menjelang aksi pembukaan musim.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top