Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan kekecewaannya susulan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut, Terengganu.
Asyraf Wajdi buat lawatan mengejut ke MRSM Besut
Perkara itu dinyatakan sendiri beliau sewaktu melakukan lawatan mengejut ke MRSM berkenaan tanpa pengetahuan pihak pengurusan.
“Saya tak nak dengar, tak nak tengok anak-anak MARA masuk penjara,” tegasnya.
Asyraf Wajdi laung amaran, buli bukan budaya kita
Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan budaya buli tidak disembunyikan dan tindakan tegas diambil terhadap pelaku.
“Saya amat kecewa dan dukacita apabila mendengar ada insiden buli di maktab ini. Ini bukan budaya kita. Ini bukan ‘DNA MRSM’. Mengambil peluang berjumpa dengan anak-anak pelajar di surau dan titipkan beberapa pesanan dan peringatan.
“Budaya buli ini langsung tidak mencerminkan nilai Ulul Albab, sahsiah MARA dan prinsip pendidikan yang kami perjuangkan,” katanya.
“You Touch, You Go”
Jelasnya lagi, MARA mengamalkan dasar “You Touch, You Go” yang tidak berkompromi terhadap mana-mana pelaku buli mahupun yang bersubahat.
Ujarnya, MRSM bukan sahaja tempat mencari ilmu tetap membentuk sahsiah diri setiap pelajar agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.
“MRSM bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan pembentukan akhlak, jati diri dan kepimpinan masa depan negara.
Kita tidak boleh benarkan satu insiden mencemar keseluruhan institusi yang merupakan medan melahirkan kepimpinan masa hadapan negara.
“Saya dan pengurusan MARA akan pastikan budaya buli dihapuskan sampai ke akar. MARA menetapkan sasaran ‘sifar buli’ di semua MRSM agar budaya toksik seperti ini tidak lagi berlaku dan perlu dihapuskan segera,” katanya lagi.
Artikel lain: Kes di MRSM: Asyraf Wajdi tegur ibu bapa, bukan salah pelajar semata-mata
Semalam, dua lagi pelajar tingkatan tiga MRSM Besut ditahan reman bagi membantu siasatan kes buli membabitkan dua rakan sekolah.
Setakat ini, tujuh pelajar telah ditahan, menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu.
Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi