“Ate ni memang pandai melawok” -Sajat ‘claim’ sekampung dengan Kak Lina Pom Pom

“Ate ni memang pandai melawok” -Sajat ‘claim’ sekampung dengan Kak Lina Pom Pom

kelincahan Elly Mazlein di pentas Gegar Vaganza 9 sememangnya menjadi tarikan baru buat program tersebut selepas Jihan Muse tidak dapat turut serta untuk musim kali ini memandangkan sedang berpantang.

Ada saja gelagat Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom yang membuatkan mereka yang menonton program tersebut tak kering gusi.

Disebabkan itu, selebriti terbabit telah menjadi topik utama bualan di media sosial sehingga usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman turut tidak ketinggalan ‘mengulas’ tentang Kak Lina dia live media sosialnya.

Menurut usahawan itu, dia dan selebriti berkenaan berasal dari kampung yang sama sewaktu di Perak dan mengakui bahawa orang-orang Perak memang kelakar.

@rosehannyeija

sajat cakap loghat perak.. ate mana org perakk sila hadir✅😁..

♬ original sound – 🌹rosehanny🍯 – 🌹rosehanny🍯

Hal tersebut dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai  @rosehannyeija apabila memuat naik kembali video live Sajat yang bercerita tentang asal usulnya.

Dalam video berkenaan juga, Sajat turut memuji orang-orang asal Perak yang kebanyakannya memang kelakar lebih-lebih lagi dengan loghat mereka yang unik.

Perkongsian yang dibuat itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dinyatakan Sajat berkenaan orang Perak.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang mengiyakan bahawa Sajat dan Elly Mazlein memang sekampung kerana bapa mereka berdua sama-sama pernah bertugas di negeri tersebut.

 

Sumber: TikTok @rosehannyeija