Atikah Suhaime lahir anak perempuan

Atikah Suhaime lahir anak perempuan

Kuala Lumpur: Pelakon, Datin Atikah Suhaime, 34, selamat melahirkan anak sulungnya di pusat perubatan di Petaling Jaya, hari ini.

Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 5.17 petang.

Atikah yang juga pelakon Singapura bersyukur akhirnya kini bergelar ibu.

“Alhamdulillah. Anak ‘mummy’ yang cantik. Rasa sangat teruja dan tak sangka saya dah ada ‘baby’,” katanya.

Menerusi perkongsian di media sosial, kelahiran itu turut disambut ramai ahli keluarga yang hadir melawat Atikah.

Atikah turut memaklumkan anaknya itu diberi nama Lyla Mulan Teh.

Yang pasti, dia turut lega apabila urusan kelahiran itu dipermudahkan.

“Lega sangat sebab rasanya macam dah lama hamil,” katanya.

Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.

Pada September tahun lalu, perkongsian video mukbang Atikah menarik perhatian ramai sehingga timbul spekulasi pelakon berkenaan itu sedang berbadan dua.

Tidak lama selepas itu, Atikah berkongsi berita gembira dia sudah hamil empat bulan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top