Pelakon Datin Atikah Suhaime berkata sejak kontroversi penghasilan beg tangan jenama mewah yang dibuat di China, dia sudah tiada hati untuk membeli bag-bag berjenama.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Atikah pertama kali membeli beg tangan jenama tempatan dan memuat naik video melakukan ‘unboxing’.
BACA: Atikah Suhaime Pertama Kali Mandikan Anak Lepas 2 Bulan Bergelar Ibu
“Sejak kontroversi European beg berjenama sebenarnya buat kat china murmur, dah takda hati dah nak beli beg-beg tu semua. Ni first time Atikah beli brand local handbag. @christyngshoes,” tulisnya.
Dalam video tersebut, Atikah dilihat teruja membuka beg-beg yang dibelinya serta memuji kualiti beg berkenaan setanding dengan jenama antarabangsa.
“Tak sangka local brand pun ada kualiti setanding international brand,” kataya.