Pelakon, Datin Atikah Suhaimi sekali lagi meraih perhatian selepas berkongsi beberapa video dirinya menyediakan menu sahur untuk keluarga mentuanya.
Menerusi video tersebut, Atikah berkongsi dirinya memasak sempena Ramadan untuk sembilan orang meskipun sedang sarat mengandung dan hanya menanti hari untuk bersalin.
Meninjau ke ruangan komen, Atikah meluahkan rasa syukur apabila dia dikurniakan seorang ibu mentua yang sangat baik, selain ahli keluarga yang menghargai masakannya.
Meskipun ada pembantu rumah, namun segala persiapan untuk memasak disediakan oleh dirinya sendiri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji Atikah yang gigih memasak untuk keluarga walaupun dirinya menunggu hari untuk melahirkan puteri sulung.
@atikahsuhaimeeee Tika kembali untuk Sahur! Kali ni sahur untuk 9 orang! Enjoy… 💕 #fyp #ramadhan #tiktokmalaysia #oxtailsoup #sahur
Sebelum ini, nama Atikah menjadi sorotan ramai yang dipuji merendah diri selepas berkongsi dirinya hanya membeli barangan bayi secara atas talian di platform TikTok.
Artikel Berkaitan: Beli Barang Baby Di TikTok, Atikah Suhaime Dipuji Merendah Diri – “Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Belanja Macam Orang Biasa”