Atikah Suhaimi Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati

Atikah Suhaimi Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati

Pelakon Datin Atikah Suhaimi mengakui ujian selepas berkahwin sememangnya wujud kerana sebelum berkahwin suaminya dianggap seorang yang sempurna.

Menerusi satu hantaran di Threads, Atikah berkata dia diuji apa saja suaminya iaitu Datuk Lokman Teh lakukan rasa menjengkelkan.

BACA: Sambut Birthday Ke-35, Suami Hadiahkan Atikah Suhaimi Jambangan Bunga Duit RM10,000

“Ujian selepas perkahwinan memang real dan pelik. Sebelum saya kahwin, saya selalu ingat suami saya sempurna. Selepas kahwin, semua benda yang suami saya buat saya rasa ‘annoyed,”tulisnya.

Menurut Atikah lagi, dia turut mengamalkan zikir selepas solat subuh untuk melembutkan hatinya. Bagaimanapun, Atikah berkata setiap kali dia datang bulan pasti dia akan bergaduh dengan suaminya kerana tidak boleh menunaikan solat dan berzikir.

“Saya perasan yang setiap kali saya datang bulan, mesti saya akan mula bergaduh dengan suami sebab saya tak boleh solat dan zikir.

“Apabila habis sahaja period dan saya mula kembali mempraktikkan amalan tersebut, barulah kami kembali baik. Adakah ini normal? Atau sebenarnya tanda penyakit ain?,” katanya.

Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Mulan kini berusia setahun.


Scroll to Top