Atilia Haron bertatu di bahu? Netizen sangka baik mungkin sekadar ‘sticker’ biasa

Atilia Haron bertatu di bahu? Netizen sangka baik mungkin sekadar ‘sticker’ biasa

Perkongsian video di tikTok baru-baru ini memperlihatkan belakang badan penyanyi dan juga pelakon, Atilia Haron seakan mempunyai lukisan mirip tatu.

Video terbabit menjadi perhatian ramai yang bertanya-tanya sama ada betul ataupun tidak anak kepada penyanyi, Salamiah Hassan itu mempunyai tatu.

Dalam video yang dikongsi rakan artis, pemilik nama sebenar  Raja Putri Atilia binti Raja Haron itu telah mengenakan baju T-shirt tanpa lengan dan mendedahkan sedikit bahagian belakangnya.

Disebabkan itu, jelas kelihatan lukisan seperti tatu di bahu kiri sewaktu dia sedang menyanyi dan menari kecil.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan hal sama dengan tertanya-tanya betulkah penyanyi itu mempunyai tatu?

Hal ini susulan tegahan dalam agama Islam sendiri yang melarang umatnya untuk mencacah tatu di bahagian badan kerana boleh menghalang air untuk menyentuh tubuh lebih-lebih lagi ketika mandi hadas.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu sudah bertaubat ataupun mempunyai tatu sebelum memeluk Islam, ia dimaafkan dan tidak perlu dibuang andai boleh memudaratkan kesihatan.

 

Apa-apa pun, tidak ada sebarang penjelasan daripada Atilia dan boleh jadi tatu tersebut hanya sementara sahaja serta boleh hilang dalam tempoh waktu tertentu.

Sumber: TikTok

 

Scroll to Top