Atlet Nigeria atasi rekod dunia 100 meter lari berpagar wanita

Atlet Nigeria atasi rekod dunia 100 meter lari berpagar wanita

TOBI Amusan dari Nigeria mencatat rekod dunia baharu dalam acara 100 meter lari berpagar wanita pada penutup Kejohanan Olahraga Dunia di sini pada Ahad, lapor Xinhua.

Atlet Nigeria itu memperbaharui rekod dunia dengan catatan masa 12.12 saat, mengatasi rekod sebelum ini milik atlet dari Amerika Syarikat Kendra Harrison dengan catatan masa 12.20 saat yang dibuat pada Julai 2016. – Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Scroll to Top