Auntie Ja Nak Sedekah Croissant, Mohon Maaf Isu Tiada Sijil Halal JAKIM | Trending – Oh! Media

Auntie Ja Nak Sedekah Croissant, Mohon Maaf Isu Tiada Sijil Halal JAKIM | Trending – Oh! Media

Trending

Auntie Ja akui silap dan janji mohon sijil halal JAKIM.


Baru-baru ini, nama Suka Dessert jadi perbualan netizen selepas timbul persoalan mengenai status halal produk mereka.

Tidak tunggu lama, pengasasnya iaitu Auntie Ja tampil memberi penjelasan penuh jujur dan terbuka.

“Saya salah sebab tak utamakan permohonan halal JAKIM”

Jakim

Dalam satu kenyataan rasmi, Auntie Ja mengakui kekhilafan pihaknya yang belum memohon sijil halal JAKIM walaupun semua bahan yang digunakan mempunyai sijil halal antarabangsa yang diiktiraf JAKIM.

Menurut Auntie Ja, kesilapan berlaku apabila syarikat lebih fokus pada pelaburan seperti mesin, latihan staf dan renovasi kedai tetapi terlupa untuk menjadikan permohonan halal sebagai keutamaan.

Auntie Ja cakna perkara ini dan akan segera meneliti dan mengusahakan untuk membuat permohonan Halal dari JAKIM.

Beliau juga menegaskan semua pastri yang dijual bukan dihasilkan sendiri, sebaliknya dibekalkan oleh Enchante Patisserie, milik seorang Muslim bernama En. Nazrul dan Chef Tan (Juara World Pastry Champion 2019).

Auntie Ja

Katanya, semua bahan digunakan adalah halal dan mereka sedang dalam proses permohonan halal JAKIM.

Lebih 5 ribu croissant akan disedekahkan!

Halal

Dalam usaha membersihkan nama dan jaga kepercayaan pelanggan, Auntie Ja turut umum akan hentikan serta-merta pengambilan pastry dari Enchante termasuk Petit Gateau.

Paling mengejutkan, sebanyak 5,580 croissant New York yang baru diterima akan disedekahkan kepada mereka yang benar-benar yakin untuk menerimanya.

Pssttt! Benda-benda viral ni memang laju je orang support kan, sebaiknya sijil halal dijadikan keutamaan. Barulah mendonia!

Kredit: @sukadessert.hq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top