Aura Luar Biasa Siti Nurhaliza, Baju Di TikTok Tular Sampai ‘Sold Out’!

Aura Luar Biasa Siti Nurhaliza, Baju Di TikTok Tular Sampai ‘Sold Out’!

Aura dan pengaruh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya tiada tandingan.

Hanya dengan mengenakan pakaian set ringkas berona hijau ketika raptai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, Jumaat lalu, penampilan Siti terus mencetuskan fenomena sehingga pakaian tersebut habis dijual di platform penjualan dalam talian.

Difahamkan, sebaik sahaja video dan foto penyanyi nombor satu negara itu tular di media sosial, ramai yang memburu set pakaian sama sehingga ia dilaporkan ‘sold out’ dalam tempoh singkat.

Fenomena itu turut dikongsikan seorang peminat tegar Siti di platform Threads yang memuat naik video siaran langsung jenama pakaian berkenaan ketika mempromosikan set tular yang digayakan pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui kagum dengan pesona penyanyi lagu Anta Permana itu yang mampu mencetuskan trend fesyen hanya dengan penampilan sederhana.

Scroll to Top