
Lengkap pakej, aura Tengku Nur Kamelia Aisyah atau Malia Baby di pentas seni menyala, rupanya hijabi jelita ni rajin ikut kelas agama!
Jika baru-baru ini penampilannya di sebuah acara mendapat kecaman kerana tidak menepati syariat pemakaian Muslimah, Malia akhirnya tampil ke sebuah majlis ilmu dengan abaya serba hitam.
Meskipun kelihatan back to basics, kecantikan Malia atau nama sebenarnya Tengku Nur Kamelia Aisyah Tengku Norkamarulhaizan tetap terserlah. Pernah dikatakan mirip wajah selebriti Siti Elizad, Malia yang berusia 25 tahun juga memiliki sepasang kening hitam lebat yang menjadikan wajah Melayu aslinya begitu manis dipandang.
Malia tanpa berselindung berkongsi kegembiraannya ketika ditemui menghadiri majlis lmu ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ anjuran Karya Bestari dan Betty Rahmad di Shah Alam. Tonton video ini…
“Sudah tentulah saya teruja! Saya sendiri terpengaruh dengan kawan-kawan yang dah berhijrah terutamanya kakak-kakak yang lebih dewasa atau tua daripada saya. Setiap kali saya datang ke majlis-majlis ilmu, saya rasa macam tak tahu apa-apa, ada saja ilmu baru yang saya belajar dan boleh diceritakan semula kepada masyarakat.
Saya happy dan dalam masa yang sama, rasa sangat ‘kecil’ bila berada dalam majlis ilmu,” ujar Malia dengan nada rendah diri.




Lengkap pakej, aura Tengku Nur Kamelia Aisyah atau Malia Baby di pentas seni menyala, rupanya hijabi jelita ni rajin ikut kelas agama!
Aura gadis jelita kelahiran Pulau Pinang dan mula dikenali sebagai model dn pempengaruh media sosial itu kini makin terasa sejak membintangi beberapa drama antaranya Nusyuz Berkiblat Cinta (2022), I Love You, Stupid (2023), Syurga Itu Bukan Mudah (2023–2024), SeOfis (2024), Projek: Exit (2024) dan Bidaah (2025). Beliau juga menyerikan filem seram komedi berjudul Pontianak 200KG tahun ini.
Terinspirasi dengan usaha selebriti Betty Rahmad dalam menganjurkan kelas dakwah dan usrah, Malia juga tekad melahirkan kempen-kempen Ramadan yang bermanfaat untuk pengikutnya. Antara yang bakal dihasilkan menjelang bulan suci ini adalah kempen ‘Jom Pergi Terawih’ dan ‘Jom Kita Tadabbur’.
“Betty sering mengajak kami ke arah kebaikan. Dan bagi saya mereka adalah orang yang sangat baik dan berguna kepada masyarakat. Saya juga rasa bulan Ramadan is the perfect time untuk kempen-kempen atau buat vlog ke arah kebaikan,” kongsinya.




PERSIAPAN RAMADAN
Menjelang beberapa hari memasuki Ramadan, anak syarikat Kumpulan Karangkraf iaitu Karya Bestari menganjurkan program ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ dengan kolaborasi bersama pelakon, Betty Rahmad.
Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, objektif utama program berkenaan adalah untuk meraikan Ramadan yang bakal tiba, di samping menambahkan ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat Islam.
Memetik sumber Sinar Harian, program itu melibatkan kira-kira 200 peserta, termasuk artis terkenal tanah air dan pempengaruh bagi menyebar luas tentang indahnya hijab dan keistimewaan Ramadan supaya menjadi muslimah sejati.
Program itu turut menampilkan dua penceramah agama terkenal iaitu Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Asni Mansor serta selebriti seperti Datuk Nora Ariffin, Erma Fatima, Nora Danish dan Intan Ladyana.
Sementara itu, Betty ketika ditemui menjelaskan rasa gembiranya dapat bekerjasama sekali lagi dengan Karya Bestari.
Jelasnya, Karya Bestari banyak bekerjasama dengannya dalam menyebar luaskan al-Quran dengan sumbangan buku agama dan al-Quran sejak dua tahun lalu.
“Betty buat kelas tadabbur al-Quran ini sudah dua tahun. Sebelum ini, kami sudah dua kali berkolaborasi dan sepanjang itu, Karya Bestari banyak beri sokongan dengan menyumbangkan al-Quran dan buku-buku agama.
Kali ini, kami nak buat kelainan dengan ajak bersama pengikut untuk turut serta. Itu yang memang Betty idamkan dan doa selama ini sebab selalunya Betty buat di rumah sahaja.
Walaupun tidak dapat jemput semua pengikut, Betty gembira kerana dapat berjumpa dengan 200 orang yang menyertai program ini. Lebih bermakna, kami dapat berkongsi ilmu agama bersama agamawan” jelasnya.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/mualaf-korea-selatan-ibu-anak-2-penampilan-bertudung-maryam-you-narae-saat-bersalin-jadi-inspirasi/
Download seeNI sekarang!


Secara akidahnya syirik kalau percaya ramalan zodiak, Hijabista bertemu Ustazah Ashafiqah Abd Aziz untuk terangkan isu ilmu ghaib.
Membaca ramalan zodiak memang seronok. Apatah lagi jika ia membayangkan ‘nasib yang baik’ kepada kita. Fitrah manusia sememangnya sukakan kebaikan. Tinggal lagi keputusannya terletak pada diri sendiri sama ada mahu mempercayainya atau tidak.
Barangkali faktor ‘keseronokan’ inilah yang mendorong ramai gadis hijabi memuat turun apps horoskop atau ramalan zodiak dalam telefon pintar masing-masing.
Tanpa asas akidah yang kuat, tindakan mempercayai ramalan zodiak ini boleh menjebakkan diri ke dalam perbuatan syirik kerana menyamakan Allah SWT selain daripada-Nya.


Menurut asatizah disegani ramai, Ustazah Ashafiqah Abd Aziz ketika ditemu bual dalam Hijabista On The Way, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa sahaja yang berlaku di muka bumi ciptaan-Nya. Itu termasuklah hal pada masa hadapan.
Sebagai tenaga pengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Hikmah di Puncak Alam, beliau memandang serius hal ini kerana melibatkan akidah anak-anak bangsa.
Rupanya syirik percaya ramalan zodiak, Ustazah Ashafiqah Abd Aziz terangkan isu ilmu ghaib dalam kita tak sedar.


“Zodiak ni merupakan ilmu bintang atau astrologi yang dikaji sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Zaman dulu mereka banyak merenung ke langit dan melihat susunan bintang-bintang.
Dalam Islam memang ada diceritakan tentang sunnatullah (sunah alam) termasuk bulan dan bintang. Zodiak itu sendiri adalah sebahagian cabang ilmu dan boleh diguna pakai sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun jika tidak kuat, maka ia boleh menjadi haram an membawa syirik kepada Allah SWT,” ulas Ustazah Ashafiqah kepada Hijabista.
Selain ramalan zodiak, banyak lagi ilmu yang disampaikan dalam Hijabista On The Way ni. Jom dengar lagi penjelasan mantap tentang sihir…
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/tinggalkan-toxic-circle-ustazah-raudhatul-jannah-bagi-panduan-taubat-yang-mudah/
Download seeNI sekarang!


Siapa yang masih tidak kenal dengan artis serba boleh Malaysia yang berjaya memukau hati peminat dengan bakat luar biasanya dalam dunia hiburan. Dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi dan pelakon, tetapi juga sebagai duta produk, ikon fesyen dan personaliti media sosial, Hannah Delisha berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang seni dengan penuh gemilang.
Apabila ditanya tentang penampilan, Hannah Delisha pernah menjawab bahawa penampilan yang cantik dan kemas amat penting buat dirinya.
“ Muka dan penampilan is the first thing yang saya akan nampak bila lihat diri you”
“So kena lah berpakaian cantik dan kemas supaya orang lain boleh ambil serious dengan diri you” katanya.
Menurut Hannah, jika ingin dipandang serious oleh orang sekeliling, kita perlulah menjaga penampilan diri. Bukan itu sahaja, Hannah juga harus menjaga penampilan kerana dirinya yang selalu dijadikan sebagai contoh.
Selain daripada bakatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga turut mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta.
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan tempatan, Conboo yang mana ianya sesuai digunakan oleh semua golongan.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo. Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” katanya.
Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.
“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,” katanya.
Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.
“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak,” katanya.
Produk tempatan CONBOO melangkah masuk dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar. Ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.
Download seeNI sekarang!


Rezeki bunting pelamin, paparan berita “Baby Emon is on the way!” oleh hijabi Syasya Rizal umum kehamilan pertama, patutlah wajah berseri!
Baru saja mendirikan rumah tangga dan mengenakan hijab dengan sempurna, berita kehamilan bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal baru-baru ini menuai pujian.
Syasya atau nama lengkapnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal yang berusia 23 tahun berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya itu menerusi hantaran di Instagram.
Mommy-to-be ini memuat naik beberapa gambar sambil membaca akhbar yang memaparkan berita kehamilannya disamping suami, Nasrullah Mohd Sapie.
BABY EMON
Kelihatan Syasya memegang ‘baby bump’ yang semakin membesar namun penyanyi itu tidak mendedahkan usia kandungannya kepada umum.
“Alhamdulillah. Baby Emon is on the way.”








Terdahulu sebelum ini, usahawan selebriti Tya Arifin turut mengumumkan berita kehamilan ketiganya, juga menggunakan trend yang serupa.
Amboi, jom tengok seri dua ibu mengandung ni, bahagianya…
Manisnya bila berhijab, nampak lebih sopan dan sejuk mata memandang. Selepas mengumumkan pengunduran dari kumpulan Dolla, penampilan Syasya dilihat semakin sopan dan menepati syariat.
Syasya mengakui sudah lama berhasrat untuk berhijab namun walaubagaimanapun terhalang kerana tuntutan kerja.
“Saya jumpa jalan berbeza dalam kehidupan dan buat masa ini saya masih belajar dan masih tercari-cari gaya sesuai dalam penampilan bertudung,” katanya.
Syasya mula dilihat mengenakan hijab sepenuhnya selepas video beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri pada April lepas tular.
Kini Syasya tekun untuk menyelesaikan pengajiannya selain memberi fokus pada rumah tangga yang baru dibina. Beliau juga lebih menitikberatkan soal pemakaian agar tidak kelihatan seksi atau mencolok mata.
Turut mengungkap rasa lebih tenang, Syasya kini dalam fasa masih belajar ‘hijab styling’ dan memilih busana yang tepat dengan dirinya.
Memang rezeki bunting pelamin, berita “Baby Emon is on the way!” yang dikongsi Syasya Rizal untuk umumkan kehamilan pertama disambut ucapan tahniah daripada peminat.
Untuk rekod Syasya dan Nasrullah disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu. Semoga kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke hujung usia, tahniah Syasya!
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/syirik-percaya-ramalan-zodiak-ustazah-ashafiqah-abd-aziz-terangkan-isu-ilmu-ghaib/
Download seeNI sekarang!