
Reaksi pemain Jerman selepas tewas kepada Austria FOTO: EPA
AUSTRIA mengatasi Jerman 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada awal pagi Rabu untuk menambah tekanan kepada hos Euro 2024 itu yang berada dalam prestasi tidak menentu.
Marcel Sabitzer meletakkan Austria di depan pada minit ke-29 sebelum Christoph Baumgartner menambah derita buat Jerman pada minit ke-73 dalam aksi di Stadium Ernst Happel, Vienna.
Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut kepada pengendali Jerman, Julian Nagelsman yang mengambil alih pasukan pada September selepas kekalahan 3-2 di tempat sendiri kepada Turkiye pada Sabtu.
Nagelsmann menyalahkan kekurangan kerjasama dalam pasukan di atas padang sambil turut mengkritik kehilangan penguasaan bola pada separuh masa pertama sebagai punca kekalahan tersebut.



