Pelakon Sophia Albarakbah tampil meluahkan rasa kecewa apabila kisah lamanya kembali hangat diperkatakan susulan insiden tegang bersama Bella Astillah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 malam tadi.
Sophia Albarakbah balas komen netizen?
Menurut Sophia membalas komen daripada netizen di salah satu hantaran di Intagram, kontroversi yang mengaitka dirinya sudah berlalu dan tidak wajar diungkit lagi.
“Sudah berapa tahun punya kes. Kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak akan selesai,” katanya.

Sophia Albarakbah tegaskan setiap manusia berhak diberi ruang berubah
Tambahnya lagi, setiap manusia berhak diberi ruang untuk berubah dan dimaafkan dan sempat mempersoalkan mengapa ada individu yang sangat angkuh sedangkan taraf seorang manusia sangat kerdil.
“Sedangkan Allah SWT pun boleh ampunkan hamba-Nya.
Awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat,” katanya lagi.

Tular video terima anugerah dari Bella
Sejak semalam, tular di media sosial tindakan Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, yang dikatakan tidak profesional semasa menyampaikan anugerah kepada Sophia dalam kategori Selebriti Feminin Terhangat.
Menurut pembantu peribadinya, Niel Rafeq, Bella mengalami trauma ketika berada di atas pentas kerana masih terkesan dengan kisah lama membabitkan rumah tangganya bersama bekas suami.

Artikel lain: Sophia Albarakbah nafi disindir Bella – “Mungkin cara dia sampaikan anugerah nampak begitu”
Sekitar Januari tahun lalu, nama Sophia pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam konflik rumah tangga pasangan itu, malah, Bella pernah berkongsi mesej peribadi yang menunjukkan permohonan maaf daripada Sophia ketika isu tersebut memuncak di media sosial.
Bella dan bekas suami disahkan bercerai pada 13 Jun tahun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Sumber: Instagram sophiaalbarakbah




