'Awalnya wanita itu duduk sebelah pemandu, tiba-tiba sudah ada atas riba'

'Awalnya wanita itu duduk sebelah pemandu, tiba-tiba sudah ada atas riba'

am@hmetro.com.my

Kulai: “Sekiranya saya tidak bertindak, mungkin pemandu bas tidak menyedari kesilapan hingga boleh mengundang kejadian tidak diingini,” kata penumpang sebuah bas ekspres yang hanya mahu mengenali sebagai Siva, 40.

Wanita itu berkata, dia terkilan dengan dengan perbuatan pemandu bas yang meriba seorang wanita sambil memandu bas ekspres.

Penduduk Kulai itu berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke Johor.

“Saya fikir perbuatan itu boleh mengundang masalah serta mengancam keselamatan penumpang.

“Apa nasib penumpang sekiranya perkara tidak diduga berlaku akibat perbuatan mereka.

“Pada awalnya, saya melihat wanita itu duduk di lantai bersebelahan pemandu, namun saya terkejut apabila melihat perbuatan mereka itu (wanita di atas riba pemandu),” katanya ketika dihubungi.

Siva berkata, dia juga menegur perbuatan pasangan itu, sebelum membuat aduan pihak berkuasa secara dalam talian, selain meminta nasihat komuniti setempat di Kulai berkaitan perkara itu.

“Saya tidak sangka ia tular namun saya yakin ia juga demi kebaikan terutama memberi kesedaran kepada ramai termasuk pemandu pengangkutan awam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top