“Awan Biru mana? Saya tidak tahu..”- Azam Baki tegaskan, dah tiada sebarang pegangan saham

“Awan Biru mana? Saya tidak tahu..”- Azam Baki tegaskan, dah tiada sebarang pegangan saham

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak Julai tahun lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang timbul berhubung pemilikan saham dalam syarikat Awan Biru Technology Berhad, yang didakwa masih dimiliki olehnya.

“Saya tidak mempunyai sebarang saham lagi, tunjukkan kepada saya fakta jika saya masih mempunyai saham, Awan Biru mana? Saya tidak tahu,” katanya, hari ini.

Azam Baki tegaskan dah tiada pegangan saham

Azam turut menegaskan bahawa sebarang dakwaan yang mengatakan beliau masih memegang sebarang aset adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Sejak Julai lalu, saya tidak memiliki sebarang saham, sehingga hari ini saya tidak memiliki satu unit saham dalam mana-mana syarikat, akaun saya kosong,” tambah beliau.

Artikel lain:  SSM dedah Azam Baki miliki saham Awanbiru Technology bernilai lebih RM1 juta?

Jelasnya, kenyataan tersebut adalah bagi menjawab spekulasi yang timbul dan memastikan ketelusan serta integriti SPRM sentiasa terpelihara.

Sidang media khas itu diadakan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai dan menangkis dakwaan tidak berasas.

Tegas Azam, beliau sentiasa mematuhi peraturan pengisytiharan harta dan bersedia untuk memberikan penjelasan lanjut sekiranya fakta tambahan diperlukan.

Sumber: Astro Awani (Seth Akmal)

Scroll to Top