‘Awas patukan ular’, Asyraf gesa Pemuda Umno tolak watak hipokrit dalam pemilihan

KUALA LUMPUR: Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Pemuda menolak “watak hipokrit” dalam Umno pada pemilihan parti yang dijangka tahun ini, menitipkan pesan agar berwaspada dengan ‘patukan ular’.

Beliau bercakap tentang ahli parti yang merelakan diri diperlakukan semahunya “bak lembu dicucuk hidung” oleh “tuan yang mendedaknya”, dalam ucapan dasar sidang sayap itu sempena Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020).

“Mereka ini kadangkala terlupa atau buat-buat lupa bahawa tuan dedaknya itu, umpama serigala berbulu kambing, penuh muslihat, licik tingkah olahnya,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Asyraf selaku ketua Pemuda mendesak kepimpinan Umno tidak lagi beri muka kepada golongan itu dan jangan sesekali memberi mereka tempat di barisan depan untuk mewakili parti itu.

Malah, ahli Umno wajar menolak mereka pada pemilihan parti nanti, katanya.

“Jangan sampai seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL