Awek Kilang Dicekup Khalwat Selepas Bawa Teman Lelaki Pulang Ke Rumah Sewa

Awek Kilang Dicekup Khalwat Selepas Bawa Teman Lelaki Pulang Ke Rumah Sewa

Oh! Tidak

Rakan tiada dan rumah ‘clear’, wanita ambil kesempatan bawa kekasih balik!


Malam yang disangka tenang buat seorang awek kilang bertukar kecoh apabila kediamannya di Kulim, Kedah tiba-tiba diserbu pihak berkuasa agama.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai mengambil kesempatan membawa pulang teman lelaki ketika rakan serumahnya tidak berada di rumah.

Kekasih jemput pakwe dari stesen kereta api, terus dibawa ke rumah sewa

Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku sekitar jam 12.55 tengah malam di sebuah rumah teres dua tingkat yang disewanya bersama tiga lagi rakan lain.

Siasatan awal mendapati wanita berasal dari Kelantan itu baru empat bulan bekerja dan menyewa di rumah tersebut.

Pasangan Khalwat

Dia dikatakan sudah mengenali teman lelakinya sejak empat tahun lalu ketika sama-sama menuntut di sebuah institusi.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, teman lelaki yang berusia 24 tahun berasal dari Pahang dan difahamkan akan menamatkan pengajian dalam tempoh lebih kurang dua bulan lagi.

Tambahnya, teman lelakinya yang baru tiba di Stesen Kereta Api Tasek Gelugor didakwa dijemput oleh wanita tersebut sebelum dibawa ke rumah sewanya.

Teman Lelaki

Ketika ditangkap berkhalwat, wanita berkenaan ditemui memakai baju tidur labuh dengan kepala ditutup tuala, manakala lelaki terbabit bersembunyi di bilik sebelah yang mempunyai bilik air bersambung.

Mereka kemudian mengaku bukan pasangan suami isteri dan masih bujang sebelum dibawa untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Pssttt! Sayangnya lagi dua bulan nak habis belajar, sangkut kes khalwat pula. Semoga kes ini menjadi peringatan buat pasangan kekasih di luar sana, jangan berani berdua-duaan ya.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top