Panas di media sosial bila tiga selebriti tanah air, Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu mendakwa Awesome TV gagal membuat bayaran atas penglibatan mereka dalam program-program siaran saluran itu.
Bagaimanapun, pihak Awesome TV terus tampil dengan kenyataan tegas dan ambil langkah undang-undang.
Menerusi satu siaran media rasmi yang dikeluarkan pada 7 Ogos 2025, Awesome TV mengesahkan mereka telah memfailkan saman terhadap ketiga-tiga selebriti ini atas dakwaan menyebarkan kenyataan fitnah yang telah mencemarkan imej dan reputasi mereka.
Awesome TV tegaskan, program disiarkan terbitan syarikat luar…
Awesome TV menjelaskan bahawa semua program yang ditayangkan di saluran mereka diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar.
Oleh itu, sebarang urusan kontrak dan pembayaran artis bukan tanggungjawab Awesome TV secara langsung, tetapi ditanggung sepenuhnya oleh pihak produksi yang berkenaan.
Pihak Awesome TV ingin menjelaskan bahawa semua program yang disiarkan di saluran kami diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar (production house) dan sebarang urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab penuh pihak produksi berkenaan.- Kata mereka.
Nama Awesome TV tercemar, tindakan undang-undang diambil…
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga selebriti itu menurut Awesome TV, telah memberikan impak negatif kepada reputasi mereka sebagai sebuah stesen penyiaran.
Apa yang lebih mengejutkan, isu ini turut dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syed Syereena Abdul Rashid tanpa semakan fakta yang jelas.
Sebagai ahli parlimen, beliau sepatutnya lebih adil menyiasat fakta sebelum mengeluarkan kenyataan bersifat tidak tepat.- Mata Awesome TV dalam siaran sama.
Susulan itu, Awesome TV mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman bagi melindungi nama dan integriti mereka daripada terus difitnah. Mereka juga menegaskan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang tuduhan yang tidak berasas.
Pssttt! Akhirnya kita dapat dengar pula penjelasan dari pihak yang didakwa tidak membayar. Apapun, kita harapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Kredit: Awesome TV
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!