Awie buat 2 showcase raikan Ramadan

KUALA LUMPUR – Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan.

Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan anjuran Awie Entertainment dengan kerjasama HS Shazliciious Trading itu bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 April bertempat di Hotel Lacrista, Melaka yang akan diringi oleh pemuzik undangan.

Sementara bagi acara di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 1 Mei, Awie akan muncul bersama-sama Wings (Showcase Wings Raikan Ramadan) untuk menghiburkan peminat mereka.

Pengurus Projek, Mubarak Akhtar atau Hatta berkata, bagi mengambil keberkatan bulan suci Ramadan, Awie akan mendendangkan beberapa buah lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian.

Sementara bagi membangkitkan suasana hari raya, persembahan selama satu jam setengah itu juga akan dimeriahkan dengan rangkaian lagu-lagu raya terbaik.

Awie juga tidak akan ketinggalan membawakan lagu-lagu solonya serta lagu popular Wings.

“Konsep persembahan pada malam itu akan menerapkan ciri kampung bukan saja dari sudut dekorasi tetapi juga pada juadah yang bakal dihidangkan kepada peminat yang membuat tempahan meja.

“Selain persembahan, acara pada malam berkenaan juga akan diisi dengan aktiviti kerohanian di mana kita akan memulakan acara dengan sesi tazkirah sebelum majlis berbuka puasa. Kita juga akan membawakan penceramah terkenal pada acara berkenaan.

“Selepas itu ia akan diikuti dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih. Seterusnya persembahan dijangka akan dimulakan kira-kira pukul 9.30 malam.

“Selain untuk mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak melihat Awie beraksi, persembahan pada malam itu juga dapat menghilangkan kesedihan peminat yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan lebaran bersama ibu bapa serta sanak saudara tercinta dengan himpunan lagu raya popular,” kata Hatta.

Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan akan berlangsung pada 30 April ini bertempat di Hotel Lacrista, Melaka.

Bagaimanapun jumlah penonton untuk menyaksikan persembahan selama dua itu terpaksa dihadkan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Persembahan di Hotel Lacrista, Melaka hanya menawarkan sebanyak 25 buah meja dengan kira-kira 200 penonton, manakala Hotel Premiera, Kuala Lumpur dapat memuatkan 400 penonton dengan 50 meja.

Sementara itu, harga meja di Hotel Premiera Kuala Lumpur adalah seperti berikut, Silver Package Meja RM2800, Kerusi RM 350 (1 Meja 8 Orang). Gold Package Meja RM3800, Kerusi RM475 (free T shirt), VIP Package Meja RM5000 + Goodies Bag + T Shirt + 1 Bilik Superior di Hotel Premiera.

Super VVIP Package Meja RM8000 + Goodies Bag + T Shirt + 2 Bilik Superior di Hotel Premiera.

Untuk keterangan lanjut hubungi HS Shazlicious di 019-7695588 atau Hotel Premiera di 03-26151000.

Bagi harga bagi Hotel La Crista Melaka adalah seperti berikut Silver Package Meja RM2800, Kerusi RM 350 (1 Meja 8 Orang). Gold Package Meja RM3800, Kerusi RM475 (free T shirt), VIP Package Meja RM5000 + Goodies Bag + T Shirt + 1 Bilik Deluxe di Hotel La Crista. Super VVIP Package Meja RM8000 + Goodies Bag + T Shirt + 2 Bilik Deluxe di Hotel La Crista.

Untuk keterangan lanjut hubungi HS Shazlicious di 019-7695588 atau Hotel La Crista 06-2816868.

Selain itu untuk sebarang maklumat lanjut juga boleh menghubungi Zul Sayap Sayap Wings di 0102480106. – MalaysiaGazette

 

Leave a Comment