Oh! Tidak
Lelaki dihukum 165 tahun penjara selepas kesalahan terhadap dua anak kandung di Lahad Datu terbongkar
Lagi kes haruan makan anak di mana pelaku yang merupakan ayah kandung menjadikan dua anak perempuannya sebagai mangsa untuk melempiaskan nafsu.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Lahad Datu Sabah itu terbongkar selepas mangsa sendiri tampil membuat laporan polis.
Lebih memilukan, kejadian ini dikatakan berlaku sejak mangsa masih remaja dan berlarutan selama bertahun-tahun.
Mahkamah jatuhkan hukuman berat

Terkini, tertuduh berusia 54 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 165 tahun oleh Mahkamah Sesyen Lahad Datu selepas mengaku bersalah atas 11 pertuduhan.
Mahkamah memutuskan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara berasingan, selain dikenakan 10 kali sebatan bagi setiap kesalahan.
Mangsa tampil buat laporan polis
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau, suspek ditahan selepas kedua-dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Tawau pada 22 Mac lalu.

Mangsa yang berusia 25 dan 22 tahun itu dipercayai menjadi mangsa sejak mereka berusia 15 dan 18 tahun.
Mangsa didakwa dipaksa melakukan hubungan badan dengan ugutan akan dipukul jika tidak menuruti kehendak suspek.
Selain anak kandung, seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya turut menjadi mangsa jenayah seksual suspek.
Pssttt! Kes seperti ini sangat menyedihkan kerana melibatkan pengkhianatan dalam institusi keluarga sendiri. Hukuman berat ini diharap memberi keadilan kepada mangsa serta menjadi peringatan bahawa jenayah seperti ini tidak akan dibiarkan. Kepada mangsa di luar sana, jangan takut untuk tampil mendapatkan bantuan dan perlindungan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




