Perkongsian terkini pelakon, Amyza Aznan menyentuh hati ramai rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram (IG).
Menerusi sebuah muat naik di platform tersebut, Amyza memuat naik sebuah video memaparkan momen bersalaman di pagi Syawal bersama anak sulungnya, Andre Mikhail Khairul, 22, yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Detik menyayat hati memperlihatkan dia dan bapanya tidak dapat menahan air mata ketika menyaksikan Andre berjuang melawan penyakit yang dikenali sebagai pembunuh senyap.
Menurut Amyza, walaupun ayahnya berusaha menutupi kesedihannya dengan memakai cermin mata gelap, perasaannya tetap tergambar jelas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di IG menitipkan kata-kata sokongan kepada Amyza untuk terus cekal dan tabah mengharungi ujian tersebut.




