Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman menyeramkan di platform Threads miliknya.
Menurut Ayda, dia terpaksa tidur berdua bersama anak sulungnya, Ana Nayla, kerana suaminya, Nabil Mahir keluar bekerja.
Namun, apa yang lebih menakutkan, Nayla kadang kala bercakap sambil memandang ke arah tertentu secara rawak termasuklah dibahagian atas dan sisi katil menjadikan situasi itu sedikit menyeramkan.
Ayda turut berkongsi, ini bukan kali pertama anaknya itu menunjukkan kelakuan pelik dek kerana sebelum ini nNayla pernah secara tiba-tiba melambai ke luar tingkap kereta sambil berkata, “kenapa ada hantu.”
Malah, Nayla juga pernah enggan masuk ke restoran, hotel, warung, atau pusat membeli-belah seolah-olah ternampak sesuatu yang tidak dapat dilihat orang lain.