“Ayden Dibuli, Ada Yang Panggil Dia Anak Yatim Di Sekolah Agama”

“Ayden Dibuli, Ada Yang Panggil Dia Anak Yatim Di Sekolah Agama”

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya, Ayden Adrean menjadi mangsa buli serta diejek anak yatim di sekolah.

Memetik HibGlam, Bella berkata lebih mengejutkan ianya dilakukan oleh murid perempuan dan dia sudah selesaikan isu berkenaan bersama keluarga murid itu serta pihak sekolah.

BACA: “Ayden & Ara, Tiada Satu Hari Pun Daddy Tak Ingat Awak Berdua” 

“Ayden juga dibuli di sekolah secara emosi dan fizikal. Paling sedih bila ada yang menjerit dan panggil dia di sekolah agama sebagai anak yatim,” katanya.

Sementara itu, Bella berharap kejadian tersebut tidak lagi berulang dia turut berdoa agar anaknya yang kini berusia lapan tahun itu lebih kuat selepas ini.

“Saya ada pergi sekolah juga minta tolong ustazah. Insya-Allah semoga ada perubahan yang baik. 

“Bukan sahaja jumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa terus cakap dengan dia, sebab yang membuli adalah budak perempuan. Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini,” katanya.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top