“Ayden Soon To Be Iron Kid”- Syed Saddiq

“Ayden Soon To Be Iron Kid”- Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian yang diraih anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah, Ayden Adrean dalam acara renang 400 meter dalam kejohanan Langkawi Swim Fest yang berlangsung di Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran Bella di Instagram, Syed Saddiq berkata, Ayden merupakan seorang anak yang berani, berdisiplin, cekal dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu.

“Ayden memiliki hati yang cekal dan berani sehingga dia berjaya menakluki perasaan gementarnya untuk berenang di perairan terbuka.

“Disiplin, tekad dan keberaniannya benar-benar menjadi inspirasi.

“Dia mahu mencapai matlamatnya tidak kiralah di usianya yang masih muda. Ayden, soon to be iron kid!,” katanya.

Syukur dengan kata-kata penghargaan yang dititipkan untuk anaknya, Bella juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan Syed Saddiq.

“Terima kasih diatas kata-kata yang diberikan. Dia sudah berikan yang terbaik dan berdepan dwngan ketakutannya.

“Sangat bangga dengan dia dan bersyukur di atas sokongan dan kepercayaan yang awak berikan,” tambahnya.

Scroll to Top