Ayunie dikecam terlalu menunjuk beli emas 15kg

Ayunie dikecam terlalu menunjuk beli emas 15kg

Kuala Lumpur: Tindakan seorang pempengaruh juga usahawan Anes Ayunie Osman, 23, memuat naik kandungan membeli koleksi barangan kemas dengan anggaran berat sekitar 15 kilogram (kg) menarik perhatian ramai.

Anes Ayunie atau mesra dengan panggilan Ayunie turut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan dirinya sengaja menunjuk-nunjuk.

Menerusi video itu, Ayunie menyatakan keinginannya untuk membeli emas dalam kuantiti yang besar berikutan kebimbangannya terhadap kenaikan harga emas pada masa akan datang.

Sebelumnya Ayunie ingin membuat pembelian emas berkenaan secara peribadi dan tertutup.

“Saya nak emas dalam 15kg kerana saya takut harga emas naik lepas hari ni. Jadi nak ‘lock’ terus 15kg,” katanya.

Namun begitu, pada hari itu, hanya 6kg emas sahaja yang dapat dibeli, manakala bakinya akan diperoleh pada keesokan harinya.

Anggaran jumlah bayaran bagi pembelian emas seberat 6kg berkenaan adalah sekitar RM2.5 juta.

Ayunie juga dilihat teruja memilih beberapa barangan kemas lain semasa proses pembelian berlangsung sekali gus menggambarkan keyakinannya terhadap pelaburan sedemikian sebagai bekalan masa hadapan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top