Usahawan, Siti Jamumall kini berdepan kemelut kewangan dan kesihatan mental sehingga menjejaskan perniagaan dan kehidupan peribadinya.
Menerusi TikTok, sahabat baiknya, Ayunie mendedahkan sisi sebenar perjuangan Siti yang sebelum ini aktif berniaga secara siaran langsung (live).
Dia mula jatuh semenjak dia tak ada mood untuk buat live dan dia ada sakit mental… terutama bila selalu bergaduh dan stres.
Siti Jamumall bergelut dengan masalah keluarga dan tekanan hidup
Menurut Ayunie, konflik berterusan dengan keluarga dan pasangan, serta kurang tidur dan tekanan berpanjangan membuatkan Siti semakin tertekan dan akhirnya hilang punca pendapatan.
Dekat situlah dia tak boleh nak jual produk dan dia jatuh. Ramai yang kecam dia bayar hutang.
Melihat keadaan itu, Ayunie mengambil inisiatif membantu Siti menjual produk bagi menampung perbelanjaan dan membayar hutang.
Saya bantu dia dengan ambil produk-produk dan tolong jualkan supaya dia dapat bayar hutang.
Keguguran dua kali akibat tekanan melampau

Lebih menyedihkan, tekanan hidup melampau menyebabkan Siti mengalami dua kali keguguran.
Bila bergaduh, dia gugur sebab terlalu depress. Dalam masa yang sama syarikat dia tutup sebab staf menipu.
Situasi menjadi lebih rumit apabila Siti dimaklumkan tidak menerima nafkah daripada suaminya, Aiman Tak Kesah, selama beberapa bulan, menyebabkan dia berusaha sendiri mencari rezeki.
Hamil kali ketiga, dan diceraikan dengan talak dua

Di sebalik kesedihan itu, hadir sedikit cahaya apabila Siti kini hamil anak perempuan, namun dalam masa sama diceraikan dengan talak dua oleh suaminya.
Bila dapat tahu dia akan dapat anak perempuan, saya terkejut dan dalam masa sama sedih sebab dia baru sahaja diceraikan.
Walaupun diuji hebat, Ayunie percaya bahawa sahabatnya itu masih kuat dan akan bangkit semula dengan izin Allah.
Bukan dia tak boleh buat (berniaga), tapi Allah sedang menguji dia.