“Azal Tak Boleh Bercakap, Jodohnya Nanti Di Syurga” 

“Azal Tak Boleh Bercakap, Jodohnya Nanti Di Syurga” 

Pelakon Zarina Zainuddin dilihat ada memuat naik gambar anak istimewanya, Azil mengenakan persalinan pengantin lelaki mengikut adat Jawa.

Menerusi hantaran di TikTok, Zarina berkata Azil tidak dapat mendirikan rumah tangga dan anak istimewanya itu akan dikurniakan jodoh di syurga.

BACA: Pertama Kali Puasa Tanpa Ibu, Zarina Zainuddin Sediakan Sushi Buat Sky Bersahur

“Azil tidak mungkin akan bernikah. Anak syurgaku ini tak boleh bercakap. Jodohnya nanti di syurga bersama bidadari.

“Foto ini ku abadikan di Malang, Indonesia. Semasa sesi bergambar, Azil bagus sangat, tidak ada sebarang karenah. Ikut saja bila dipakaikan persalinan Jawa satu persatu,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen Azil kelihatan segak mengenakan pakaian berkenaan serta mendoakan agar anak-anak istimewa Zarina bertemu bidadari syurga.


Scroll to Top