Azam Baki Nafi Sorok Saham RM800,000, Dakwa Ikut Prosedur | Oh! Negara – Oh! Media

Azam Baki Nafi Sorok Saham RM800,000, Dakwa Ikut Prosedur | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Azam Baki nafi dakwaan sorok saham RM800,000, dakwa semua diisytihar secara sah.


Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang laporan yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, miliki saham bernilai hampir RM800,000 dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, beliau cepat-cepat tampil beri penjelasan, katanya semua dibuat ikut saluran rasmi dan tak ada benda nak disembunyikan.

Dakwaan ni timbul lepas sebuah portal antarabangsa dedahkan laporan mendakwa beliau miliki jutaan saham dalam Velocity Capital Partner Bhd. Tapi Azam tenang je, katanya saham tu dah pun dijual tahun lepas.

BACA: Anwar Ibrahim Digesa Rehatkan Segera Azam Baki Sebab Pegang Saham RM800K

Azam Baki dakwa semua pelaburan diisytihar ikut saluran rasmi

Skim Pelaburan

Azam jelaskan yang beliau memang ada beli saham tu tahun lepas dan terus jual dalam tahun yang sama. Paling penting, semuanya dah diisytiharkan ikut prosedur yang betul kepada JPA menerusi sistem HRMIS.

Saya telah membuat pengisytiharan mengenai perkara ini termasuk sumber pendapatan. Semuanya dibuat secara telus.- Katanya.

Azam juga anggap laporan tu sekadar cubaan untuk burukkan nama dia dan SPRM. Ini apabila, ada laporan cakap beliau masih pegang saham tu, Azam rasa itu cuma spekulasi yang mengelirukan.

Tambah Azam, dia kini sedang pertimbang nak ambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang buat tuduhan berunsur fitnah tu.

Portal luar dakwa miliki 17.7 juta saham

Laporan asal dakwa Azam, 62, miliki sebanyak 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd berdasarkan pemfailan tahunan syarikat tu kepada SSM tahun lalu. Nilai pegangan tu dianggarkan cecah RM800,000.

Bukan tu je, sehingga Selasa lalu, nama Azam dikatakan masih tersenarai dalam senarai pemegang saham syarikat tu. Tapi tak pasti bila saham tu sebenarnya diperolehi, dan Velocity Capital pun masih belum hantar penyata tahunan untuk tahun ni.

Untuk pengetahuan korang, jika ikut pekeliling kerajaan 2024, pegawai awam memang dibenarkan beli saham, tapi ada had. Sama ada tak lebih lima peratus pegangan dalam syarikat, atau tak lebih RM100,000 ikut mana yang lebih rendah.

Pssttt! Ohmedia harap korang sentiasa semak fakta dan tengok dari dua sisi sebelum buat kesimpulan. Kadang-kadang apa yang dilapor tu belum tentu seluruh cerita sebenar.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top