Azam Baki Sedia Disiasat Isu Saham, Tegaskan Tak Sorok Apa-Apa

Azam Baki Sedia Disiasat Isu Saham, Tegaskan Tak Sorok Apa-Apa

Oh! Negara

Azam Baki sedia disiasat secara bebas isu saham, tegaskan semua harta diisytihar ikut peraturan.


Dunia politik dan penguatkuasaan negara sekali lagi digemparkan dengan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Tapi kali ni, Azam tampil dengan kenyataan penuh yakin, menyatakan dia langsung tak gentar untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas.

Semua pengisytiharan kewangan dan harta telah dibuat selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta melalui saluran rasmi yang ditetapkan, sebagaimana yang diwajibkan ke atas setiap penjawat awam.

Saya mengalu-alukan sebarang proses yang telus, bebas dan objektif bagi menentukan fakta berasaskan bukti serta mengikut prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang.- Katanya.

BACA: Azam Baki Nafi Sorok Saham RM800,000, Dakwa Ikut Prosedur

Budaya akauntabiliti tak boleh pilih kasih kata Azam Baki

Rasuah

Sebagai Ketua SPRM, Azam turut ingatkan yang budaya akauntabiliti tak boleh bersifat bermusim atau terpilih. Semua orang perlu bertanggungjawab tanpa pengecualian.

SPRM juga katanya sentiasa ambil maklum setiap laporan dan aduan daripada mana-mana pihak termasuk NGO, dan siasatan dibuat ikut undang-undang.

Tiada siapa kebal undang-undang

Sprm

Paling jelas, Azam seolah-olah mahu beri mesej tegas bahawa tak ada siapa pun di atas undang-undang. Dia turut nyatakan komitmennya untuk terus beri kerjasama penuh jika siasatan dibuat secara sah.

Saya akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana mekanisme yang sah dan ditubuhkan secara wajar bagi meneliti perkara ini.- Katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga minta supaya semua pihak beri ruang kepada Azam untuk beri penjelasan berhubung isu saham ni.

Pssttt! Ohmedia harap korang sentiasa buka mata bila libatkan soal integriti dan ketelusan. Tak kira siapa pun, kalau yakin tak salah, buktikan dengan terbuka dan berani.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top