PETALING JAYA: Pegangan saham bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Azam berkata, pemilikan itu dibuat secara telus, mengikut prosedur dan tidak disembunyikan.
“Saya telah membuat pengisytiharan berhubung perkara ini, termasuk sumber pendapatan saya melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Semuanya telus,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN




