Azar Azmi Dibebaskan Polis, Akan Jadi Saksi Pendakwaan Dua Kes Penipuan Suami

Azar Azmi Dibebaskan Polis, Akan Jadi Saksi Pendakwaan Dua Kes Penipuan Suami

Oh! Artis

Azar Azmi dibebaskan polis kira-kira 8 pagi tadi.


Kemunculan pelakon Azar Azmi di Mahkamah Sesyen hari ini menarik perhatian ramai apabila dia dilihat hadir bagi mengikuti prosiding kes melibatkan suaminya.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim memaklumkan bahawa Azar Azmi telah dibebaskan kira-kira jam 8 pagi tadi.

Azar jadi saksi kes suami

Pelakon itu dibebaskan untuk dijadikan saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes melibatkan suaminya.

Azar Azmi

Pelakon drama Nur itu bagaimanapun hanya memberikan kenyataan ringkas kepada pihak media dan meminta agar diberikan sedikit ruang dalam menghadapi situasi yang sedang dilaluinya.

Saya minta maaf ya, kalau boleh bagi ruang dekat saya. InsyaAllah kalau ada apa-apa saya beritahu.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi dengan memakai jubah serta tudung berwarna hitam.

Dia hadir ditemani dua remaja yang dipercayai anaknya bagi mengikuti prosiding kes suaminya, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, yang didakwa atas dua pertuduhan menipu berkaitan urusan mendapatkan darjah kebesaran Datuk dan tanah kurniaan negeri Selangor.

Kerugian cecah hampir RM300,000

Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa dengan curangnya menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang wanita berusia 35 tahun.

Azar Azmi

Sementara itu di Mahkamah Majistret, tertuduh turut didakwa memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah bank cawangan Dato’ Bandar Tunggal dan sebuah pejabat di Seremban 2 antara 2 April hingga 12 November 2025.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikenakan di mahkamah.

Pssttt! Kes penipuan yang melibatkan gelaran kebesaran bukan perkara baharu dan sering memperdaya mangsa yang percaya dengan tawaran tersebut. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top