Azeem Fahmi bantu kuartet Universiti Auburn juarai Kejohanan NCAA 2025

Azeem Fahmi bantu kuartet Universiti Auburn juarai Kejohanan NCAA 2025
Muhammad Azeem.

Muhammad Azeem.

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4×100 meter berganti-ganti pada Kejohanan Balapan dan Padang Persatuan Olahraga Berkolej Kebangsaan (NCAA) 2025 hari ini.

Kuartet Auburn yang dibarisi Muhammad Azeem, Kayinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba mempamerkan larian bertenaga untuk meraih gelaran juara dengan catatan masa 38.33 saat (s).

Tempat kedua menjadi milik Universiti Southern California (USC) dengan catatan masa 38.46s, manakala Universiti Negeri Louisiana (LSU) di kedudukan ketiga (38.56s)

Terdahulu, kuartet Auburn itu mencatat rekod 37.97s pada aksi separuh akhir pada Rabu untuk mara ke final.

Untuk rekod Muhammad Azeem yang lebih dikenali sebagai Azeem Fahmi sebelum ini pernah membantu universiti itu bergelar juara acara sama pada 2024. – Bernama

Scroll to Top