Azlan mohon maaf kepada PSM

Azlan mohon maaf kepada PSM
Azlan beraksi bersama Melaka Titans dalam saingan STL pada minggu lalu. Foto STL

Azlan beraksi bersama Melaka Titans dalam saingan STL pada minggu lalu. Foto STL

PEREJAM utama negara, Azlan Alias yang sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan, memohon maaf atas kesilapannya kerana turun beraksi bersama Melaka Titans dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2025.

Atlet berusia 30 tahun itu turut berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secara baik dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Beliau juga mengharapkan agar sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya adalah setimpal dengan kesalahan dilakukan.

ā€œSaya akui kesilapan. Sebagai atlet profesional, saya dengan rendah diri memohon maaf kepada PSM.

ā€œSaya juga berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. Diharap PSM dapat mempertimbangkan kesilapan ini dengan sewajarnya,ā€ katanya kepada Sukan Sinar.

Pemain kelahiran Bagan Serai, Perak itu memaklumkan bahawa beliau telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada PSM pada Rabu.

Tindakan Azlan mencetuskan rasa kecewa Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan, yang mengarahkan beliau dan pasukannya, Melaka Titans, menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tujuh hari bermula 3 Jun lalu.

Pemain tersebut dilaporkan mengalami kecederaan otot pada tangan kiri selepas menjalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil.

Azlan turut memaklumkan bahawa beliau masih meneruskan proses pemulihan di ISN dan kecederaan berkenaan menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih, sambil menunggu kebenaran daripada pegawai perubatan sebelum kembali ke gelanggang.

ā€œHasrat hati memang ingin turun bermain, namun saya masih menunggu surat kebenaran daripada doktor di ISN,ā€ katanya.

Kecederaan itu dialami semasa aksi final acara regu berpasukan Piala Asia 2025 antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur pada Mei lalu.

Susulan kecederaan tersebut dan berdasarkan laporan ujian imbasan MRI, Azlan dinasihatkan berehat antara empat hingga enam minggu bagi menjalani rawatan serta sesi fisioterapi secara intensif.

Scroll to Top