Aznil Hj Nawawi Puas Hati Individu Pijak Al-Quran Sudah Dicekup, Bakal Disiasat Bawah Dua Akta | Trending – Oh! Media

Aznil Hj Nawawi Puas Hati Individu Pijak Al-Quran Sudah Dicekup, Bakal Disiasat Bawah Dua Akta | Trending – Oh! Media

Trending

Aznil Hj Nawawi dedah individu sudah dicekup dan disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseksaan.


Pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi berkongsi perkembangan terbaharu berhubung isu yang tular melibatkan dirinya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Aznil memaklumkan bahawa individu terbabit telah pun dicekup dan sedang disiasat di bawah dua akta berbeza.

Budak ni dah mmg kena cekup dan dia disiasat untuk tindakan bawah dua akta!

Disiasat bawah Akta Komunikasi & Multimedia, juga Kanun Keseksaan

Pijak Al quran

Menurut Aznil, siasatan melibatkan Akta Komunikasi dan Multimedia kerana individu tersebut membuat hantaran secara dalam talian.

Satu bawah akta komunikasi dan multimedia (yg ni sebab dia post online)… boleh dikompaun maksimum 500k.

Bukan tu jer, kes berkenaan turut melibatkan Kanun Keseksaan, yang membuka ruang kepada hukuman penjara.

Satu lagi bawah kanun keseksaan. Untuk penjara semua tu, bawah kanun keseksaan.

“Kita ikut proses yang betul” – Aznil Hj Nawawi

Aznil

Aznil turut menegaskan bahawa beliau memilih untuk mengikut saluran undang-undang yang betul dalam menangani isu tersebut.

Kita ikut proses yg betul. Puas hati aku! Doakan dia hukuman dua-dua dikenakan, denda dan disumbatkan.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan tegas terhadap penyalahgunaan media sosial.

Pssttt! Media sosial bukan tempat bebas tanpa batas. Fikir sebelum menulis kerana setiap kata ada akibatnya di sisi undang-undang.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top