Penyanyi dan pelakon Azza Elite mengakui segan untuk berbual mahupun bercakap dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim sepanjang perkenalan mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Azza berkata Yusry seorang yang pendiam sehinggakan ‘tidak terkeluar’ kata untuk mengajak ahli kumpulan KRU itu untuk bergambar.
BACA: Lambat Siapkan Tempahan Sejadah, Azza Elite Kecewa Dimaki Azwan Ali

“Kalau nak borak dengan abang Yusry atau Datuk Yusry memang segan .. sebab beliau pendiam.. nak tanya bang nak gambar boleh memang tak terkeluor kata,” tulisnya.
Sementara itu, Azza berkata dia turut menghormati isteri Yusry iaitu Datin Lisa Surihani dan sebagai wanita dia tidak gemar jika ada wanita lain bercakap dengan suaminya.
“Kalau tak ada apa nak cakap memang tak lah bercakap. Lagipun menghormati isterinya, Datin Lisa. Kita pun tak gemar orang bercakap dengan laki kita, oleh itu kita jangan suka-suka bercakap dengan suami orang,” katanya.
Dalam pada itu, Azza turut terujan berpeluang untuk berduet dengan Yusry serta mengucapkan terima kasih kerana sudi mengajarnya.
“Apa pun, terima kasih Datuk Yusry ajar saya menyanyi masa part saya. Dah la duet dengan dia,” tulisnya.