Tular di media sosial rakaman video memaparkan pertengkaran di antara seorang lelaki dan isterinya. Difahamkan, si isteri datang ke gerai untuk mendapatkan penjelasan suami mengenai seorang wanita yang didakwa skandal suaminya.
Namun, keadaan bertukar menjadi tegang apabila mereka dilihat bertengkar. Lebih mengejutkan, si suami dilihat bertindak kasar apabila menarik isteri dengan cara mencengkam leher baju.
Wanita mengaku panggil suami orang B, tapi singkatan kepada ‘brother’

Tak cukup dengan itu, si suami turut menolak isterinya sehingga jatuh terkena kereta yang diparkir di kaki jalan.
Sementara itu, wanita yang didakwa skandal mendakwa panggilan B yang disebutnya adalah singkatan kepada ‘Brother’.
Dia juga tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menfitnahnya.
Di ruangan komen video viral, si isteri mengaku tindakannya menerjah gerai secara tiba-tiba adalah salah.

Tetapi sebagai isteri dia mempunyai hak untuk mendapatkan kepastian daripada suami mengenai hubungan mereka berdua.

Dia reda jika suaminya ternyata memilih wanita itu, malah mengakui rela mengundur diri daripada perkahwinan mereka kerana percaya mungkin jodoh mereka sudah sampai ke penghujungnya.
Pssttt! Baru tahu B untuk ‘Brother’. Apa-apa pun semoga urusan si isteri dipermudahkan.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



