Adegan intim melibatkan pelakon Riena Diana dan Keith Foo menerusi drama Tonton berjudul, Toksik Cinta mengundang kecaman hebat dalam kalangan warganet apabila ramai yang menganggap babak itu terlalu keterlaluan serta tidak sesuai untuk tontonan umum.
Menerusi klip video berdurasi 41 saat, kelihatan kedua-dua pelakon berkenaan berada di atas katil dengan pergerakan dan posisi yang disifatkan sebagai ‘menghairahkan’ sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai batas moral dalam drama tempatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kekecewaan apabila adegan berkenaan dilihat melangkaui garis sensitif termasuklah ada yang mempersoalkan tujuan produksi memasukkan babak tersebut meskipun jalan cerita boleh digarap tanpa aksi berlebihan.






Sekadar info, drama arahan Pali Yahya dan skrip oleh Erma Fatima ini menggabungkan elemen melodrama, thriller rumah tangga dan jenayah dalam kisah penuh konflik melibatkan emosi dan permainan psikologi.
Menurut Erma, karya terbaharunya itu menggambarkan bagaimana cinta boleh bertukar menjadi racun apabila diselubungi ego, dendam dan keinginan untuk memiliki sepenuhnya.
Menampilkan barisan pelakon popular seperti Riena Diana, Aqasha, Keith Foo, Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Esma Daniel dan Izzue Islam, siri ini hadir dengan naratif realistik dan sarat dengan mesej sosial.
Tonton Original Series: Toksik Cinta telahpun ditayangkan bermula 27 Oktober lalu, hanya di Tonton.
Untuk perkembangan lain, ikuti @tontonmy di Facebook, X, TikTok dan Instagram untuk maklumat lanjut.



