BABA'S tawar pelbagai ganjaran, aktiviti menarik di KJH

BABA'S tawar pelbagai ganjaran, aktiviti menarik di KJH

Johor Bahru: Karnival Jom Heboh BABA’S yang mula berlangsung hari ini sehingga 3 November 2024 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan promosi hebat buat pengunjung yang hadir.

Salah satu tarikan utama karnival ini adalah cenderahati beg istimewa yang mengandungi tujuh paket rempah-rempah BABA’S, dijual pada harga RM10.

Ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menambah keenakan dalam masakan mereka dengan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pasukan BABA’S serta personaliti popular TV3, menawarkan kesempatan unik bagi peminat untuk berinteraksi dengan bintang kegemaran mereka.

Acara ini juga menampilkan demonstrasi masakan menarik oleh Chef Matt yang akan menunjukkan cara penyediaan pelbagai hidangan menggunakan produk BABA’S, termasuk Nasi Briyani, Murtabak Ayam, dan Sup Kambing.

Paling menarik, demonstrasi Roti Terbang yang pertama kali diadakan di Karnival Jom Heboh akan menjadi tumpuan pengunjung.

Image

Pada edisi di Johor kali ini, BABA’S Halal Corner menawarkan lebih banyak ganjaran menarik melalui aktiviti kekeluargaan.

BABA’S Halal Corner turut menawarkan informasi mengenai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dimiliki BABA’S selama 28 tahun.

Di sudut ini, pengunjung dapat menyertai aktiviti seperti pertandingan mewarna, kuiz halal, dan cabutan bertuah serta mendapatkan sampel percuma produk BABA’S.

Karnival ini dijangka menarik ribuan pengunjung yang ingin menikmati keceriaan bersama BABA’S.

Penganjur mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan merasai pengalaman yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial rasmi BABA’S.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top