Babi pun macam British Short Hair, Rita sindir siapa?

Babi pun macam British Short Hair, Rita sindir siapa?

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini menyindir pedas kepada individu ‘tidak bernama’ menerusi laman sosialnya sekaligus mencetuskan tanda tanya kepada netizen.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar berkata, adalah penting untuk seseorang itu memilih pasangan hidup yang tepat agar tidak menyesal pada kemudian hari.

“Sebab itu pilih orang keliling atau pasangan kita itu penting. Kalau keliling atau sebelah kita hati busuk bangkai, takkan tak melekat bau itu dekat kita.

“Bila hati kau sudah membusuk dan berulat, babi hutan depan kau pun, kau nampak macam British Short Hair (kucing baka mahal),” tulisnya penuh sinikal menerusi InstaStory.

Rita, 47, turut menempelak mana-mana individu dimaksudkan yang mempersoalkan kewarasan diirnya berkongsi perihal kehidupannya dalam media sosial.

“Bila kau dah bertahun-tahun buat tahi pun kau rasa kau tak pernah salah, maknanya, kau ada masalah hati. Hati-hati, roda kau bukannya tak jejak tanah. Kalau kau boleh kongsi life (hidup) di media sosial, kenapa nak pertikai apa yang aku kongsi?

“Aku pun ada hidup yang aku rasa ‘suka hati aku nak kongsi atau tidak’. Ke ada sesuatu yang tak selesai, sampai kau terkesan,” kata pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mami Jarum Junior itu.

Rita pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan bekas pengulas sukan TV3, Akbar Shaari namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita kemudian berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun bercerai September 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

Baru-baru ini, Rita meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama Aidil Zafuan dengan kehidupannya bersama anak-anak kerana dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.

Dia berkata demikian selepas kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu dan netizen bertanya di manakah bapanya ketika ini. – MalaysiaGazette