Baru-baru ini, pelakon popular Nad Zainal telah berjaya menarik perhatian ramai gara-gara perubahan bentuk fizikalnya yang sangat ketara berbanding sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 33 tahun itu di laman Instagramnya, dia berkongsi sebuah video pendek seperti ‘bloopers’ untuk mempromosi jenama tudungnya.
“Maid kita dah pandai record video content tau, tak payah suruh Ismail dah,” ujarnya.
Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat ‘baby bump’ aktres tersebut semakin jelas berbanding sebelum ini namun, tiada sebarang respon daripada Nad mengenai khabar kehamilannya.
Bahkan, ramai yang memuji wajah isteri kepada pelakon Ungku Ismail semakin berseri-seri sebagai seorang ibu mengandung.
Susulan itu, ramai yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Nad dan berharap agar urusannya untuk bergelar sebagai seorang ibu dipermudahkan.
Sumber: Instagram @Nad Zainal