Baby Shima mesra dengan mat salih, peminat beri amaran desak padam MV

Baby Shima mesra dengan mat salih, peminat beri amaran desak padam MV

Penyanyi kontroversi, Baby Shima menuai perhatian ramai apabila berkongsi satu tangkap layar memaparkan seorang peminatnya ingin melakukan cubaan membunuh diri.

Beri amaran padam video

Baby shima beri amaran padam video

Menerusi hantaran di Instagram, Baby Shima atau nama lengkapnya, Nor Ashima Ramli memaklumkan perkara itu terjadi akibat peminat fanatiknya terlalu cemburu melihat aksi mesra bersama model dalam video muzik lagu baharunya, Island Boi.

Instagram will load in the frontend.

“Abang bawa mengucap, dari semalam abang spam komen cakap nak bunuh diri. Kenapa nak cemburu pula aksi saya dalam music video saya sendiri,” kata Baby Shima di Instagram, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Shima enggan menghapus video MV tersebut kerana ia menelan kos yang sangat banyak apabila menggunakan model daripada luar negara.

“Takkan lah saya nak suruh YouTube tolong hapuskan music video Island Boi tu pula. Penat saya shooting, panggil model mat salih import pula tu, besar bajet oi,” jelasnya.

Menurut mesej yang dihantar oleh peminatnya itu, dia mengakui cemburu kerana gelagat Shima dianggap keterlaluan bersama lelaki mat salih tersebut menyebabkan dirinya sanggup untuk mencabut nyawa sendiri.

Bukan itu sahaja, lelaki itu mendakwa sudah menyediakan racun sebagai bukti dirinya benar-benar nekad dan memberi tempoh selama tiga hari untuk video tersebut diturunkan.

Artikel lain: Ada Rm500 saja? Periksa baki bank orang itu sarang dosa – Baby Shima

Untuk info, video muzik Island Boi yang dimuatnaik dalam YouTube sejak dua hari lepad sudah meraih lebih 115,000 tontonan.

Sumber: Instagram Baby Shima

Scroll to Top