Baby Shima sindir JN di media sosial

Baby Shima sindir JN di media sosial

Kuala Lumpur: Belum reda ‘perang’ antara pelakon dan pengacara, Janna Nick dengan pelakon remaja, Puteri Balqis, timbul satu lagi kenyataan di media sosial oleh artis lain.

Kali ini, penyanyi, Baby Shima pula membuat luahan di Threads, berkongsi pengalamannya pernah menjadi mangsa kepada artis berinisial ‘JN’,

“JN sibuk nak nampak paling betul pasal isu Aqish. Sama seperti dulu, sibuk bercakap pasal kita. Padahal, kita baik saja dengan dia,” tulisnya.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi lucu daripada netizen dan rata-rata, mula memetik tanda ‘suka’.

Terdahulu, pada Oktober 2023, media melaporkan mengenai tindakan Janna Nick yang menulis komen di Instagram Baby Shima selepas penyanyi itu memuat naik video menggunakan filter ‘I Stand With Israel’.

“Stop buat content macam ini. Ia bukan satu gurauan. Terima kasih,” tulis Janna.

Bagaimanapun, hantaran penuh video itu menyaksikan Shima menumbuk dan memijak bendera Israel kerana ingin menunjukkan protes terhadap rejim Zionis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top