Penyanyi, Mimi Fly mencuri perhatian ramai selepas tampil membacakan surah Al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21 dalam sebuah program mengaji.
Menerusi video tular tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 39 menerima pujian daripada panel-panel program tersebut yang mengakui mereka tercengang mendengar alunan merdunya.
“Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka bila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi bila dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.
Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut terpegun mendengar alunan merdu suara pelantun lagu Serumpun itu.
Malah, ada juga segelintir netizen seakan mengatakan bacaan Mimi itu sampai ke hatinya sehingga berjaya menitiskan air mata.




