nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Sungai Golok di Rantau Panjang antara enam sungai di Kelantan yang melepasi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan.
Sehingga jam 7 petang, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan 10.93 meter (m) iaitu melepasi bacaan banjir teruk pada 2014 iaitu 10.84 m.
Malah, paras air sungai berkenaan dijangka terus meningkat berikutan hujan lebat masih berterusan dan dijangka sehingga Jumaat ini.
Berdasarkan laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai lagi yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Melor di Bachok, Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Selain itu dua sungai lagi adalah Sungai Kelantan di Temangan dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.
Manakala, empat sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kusian dan Kusial Baru, Sungai Aring di Jalan Felda Aring dan Sungai Galas di Chegar Lapan.
Sementara itu, tujuh sungai melepasi paras berjaga-jaga.
© New Straits Times Press (M) Bhd




